Selasa, 4 Januari 2011

Wanita: Akal Senipis Rambutnya

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka....hati dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tiada dalam Syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok
untuk di luruskan oleh lelaki
Tapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus...

Luruskan wanita dengan jalan yang di tunjukkan Allah
Didikkanlah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya....mereka semakin liar

Jangan hiburkan hatinya dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka yang semakin menderita
Yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan meraka dengan ALLAH, Zat yang kekal.

Disitu punca bagi kekuatan dunia
Akal Senipis Rambutnya..tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan ahlak

Sedarkan ia kerana nantinya
Mereka akan melihat nilaian dan keadilan Tuhan
Bisikan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan...bukan satu Kelemahan

Ia bukan diskriminasi Tuhan...
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan menghiburkan

Tanpa ilmu, iman dan ahlak
Mereka tidak akan lurus
Malahan akan membengkok
Itulah akibatnya

Jika wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka dunia
Lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan

Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum mereka mimimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinilah diri sendiri kepada-Nya

Jinakkanlah diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
Di bawah kepimpinanmu janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karrama Allah Wajhah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan