Jumaat, 10 Disember 2010

Keputusan Peperiksaan Sesi Julai-November 2010

Sedar x sedar….hari ni dah 10/12/2010….Bangun je daripada tidur, terus je pergi bilik adik aku, adik Osman…on laptop dan on internet…terus buka email…mata tercari-cari email yang dihantar oleh UITM…Fuh, ada…cuak betul nak click link tu…Last-last, click jugak kat link tu…tunggu dia punya loading….jantung dup dap dup dap…berdebar betul…Tup-tup satu page terbuka, Alhamdulillah …syukur sangat-sangat…Pointer naik….Semua lulus…Yang paling gembiranya sebab tidak ada gred C…Kalau semester lepas…ada gred C…Semester ni hanya ada A dan B sahaja…Buat pertama kali jugak, dapat A+….hahahahaha….Orang pertama tau result aku ni adalah kakak aku no 3, Zaizahirawati…Ucapan “TAHNIAH” dah cukup menggembirakan aku…Abah Zawawi pun gembira tengok result aku…Sahabat-sahabat Facebook pun turut gembira dengan keputusanku…Tapi x semua yang tau…Hanya sesetengah…iaitu yang betul-betul rapat denganku…Betul la kata-kata cikgu aku, x semestinya kita jatuh sekali….kita akan jatuh selama-lamanya… Yang penting, semester depan buat lagi yang terbaik…InsyaAllah….Debaran untuk semester ni dah berlalu….Sekarang hanya menghitung hari untuk balik kampus UITM Arau, Perlis…31/12/2010 malam, aku dah naik bas bertolak balik Perlis. Tarikh tu juga merupakan hari lahir kakakku yang ketiga, Kak Wati….Katanya sahabat aku, iaitu Zalikha Syazwani…Nani sambut Tahun Baru Masihi dalam bas la…Hehehehe….Aku sengaja balik awal…At least dapat rest satu hari sebelum kuliah mula 3/1/2011…


 Terima kasih kepada semua pensyarah yang mengajar Nani iaitu Ustaz Hafidh, Puan Sh. Fhahriyah, Puan Raihanah, Ustaz Khalid, Encik Khairu Azlan, Puan Zunairah dan lain-lain…
 Terima kasih juga kepada guru-guruku yang banyak mendoakan dan memberi nasihat serta dorongan pada Nani terutamanya Cikgu Zarina…
 Terima kasih juga kepada papa, mak, dan adik-beradik ku kerana mendoakan kejayaan dan kesejahteraan Nani…
 Terima kasih kepada Abang Azizan kerana topap RM5…hadiah untuk dapat result yang baik….
 Terima kasih kepada ayah angkat ku, Abah Zawawi kerana membeli dan mengepos teh herba untuk Nani…
 Akhir sekali, terima kasih kepada semua sahabat, rakan dan kawan yang bagi semangat dan mendoakan Nani…
ALHAMDULILLAH…..TERIMA KASIH YA ALLAH….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan