Jumaat, 10 Disember 2010

Jangan Berkata “Kalaulah”

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, iaitu putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata “Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu”; akan tetapi katakanlah “Takdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya”. Sesungguhnya perkataan “kalaulah” hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan