Ahad, 14 Ogos 2011

Kesakitan Yang Ku Hadapi

Kesakitan yang ku hadapi....Ya Allah....sakit sangat...Kadang-kadang aku rasa diri ku tidak dapat memikul lagi segalanya....Membuatkan diriku penat....letih....aku sedih...lemah....stress.....Inilah hidup.....yang penuh dengan cubaan dan dugaan.....Perkara silam itu sentiasa menghantuiku.....sering kali mengingatinya walaupun tidak ingin ku ingatkan lagi....Ya Allah...berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup....Aku hanya hamba yang hina dan lemah di sisiMu....yang sentiasa lalai, leka dan alpa terhadap Mu ya Allah...Tanggal 9 Ogos 2011, dalam pukul 10.00 malam....daku dikejarkan ke hospital lagi....apapun aku tidak ingat....apa yang berlaku pada diriku pun aku tidak tahu....sehinggakan ketika aku sedar di kecemasan Hospital Tunku Fauziah, apabila atendan hospital tanya apa yang berlaku pada diriku.....jawapanku....TIDAK TAHU.....walaupun keadaan aku lemah....pendengaranku masih jelas....SAKIT HATI sangat-sangat apabila atendan tu berbual dengan kawannya dan berkata “TAK TAHU, KITA BUAT TAK TAHU”.....ya Allah....mahu je aku pelempang atendan tu....tapi aku tidak berdaya....GERAM....nilah salah satu kenapa aku tidak suka ke hospital....TIDAK IKHLAS buat kerja....Ini semua berlaku kerana bekerja hanya kerana nak kerja dan gaji sahaja....KEIKHLASAN tiada.....Semoga Allah beri kesedaran pada kita semua....Menanti, menanti dan terus menanti sambil menahan kesakitan...hampir satu jam menunggu baru seorang doktor India datang memeriksa ku....Apa lagi....kena masuk air dan suntikan ubat...bila je ubat tu meresap dalam badan ni....terus longlai dan mata kabur....mengantuk....Balik dari hospital dalam pukul 2.00 pagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan