Sabtu, 7 Mei 2011

Perasaan Itu

Ku teringat firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216, “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”.

Sabda junjungan besar Rasulullah S..A.W: Cintailah kekasihmu sekadar saja dan jangan berlebih-lebihan. Mungkin boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci. Dan bencilah pada seseorang sekadarnya saja dan jangan berlebihan, kerana boleh jadi satu hari nanti dia akan menjadi kekasihmu yang setia”.

Baginda berkata lagi dalam doa kudusnya: Ya Allah, aku mohon kepadaMu sikap yang lurus dan seimbang ketika dalam marah dan reda.

Ya Allah, aku ingin sekali menjadi insan seperti itu. Berikanlah aku petunjuk Tuhan, di mana harus ku letakkan wajah yang sangat ku kasih itu dalam hidupku. Dia bernyawa dalam hati, dalam jiwa, dalam fikiran dan dalam perasaanku, Tuhan. Mengapa tak mampu ku hembuskan ianya pergi. Pergi jauh-jauh dari hidup ini.

Ya Allah, aku sayangkan dia...
Dan aku juga sayangkan keluargaku, pendidikku, sahabat-sahabatku..
Aku sayangkan semua...Semua yang memberikan aku kehidupan.

Aku tak tahu Tuhan, sangat tak tahu....mengapa aku terperangkap dalam kasih ini....

Ya Allah!!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan