Ahad, 1 Mei 2011

Alhamdulillah

Aku rasa sangat teruja dan luar biasa bersemangatnya. Minda rasa luas terbuka, bertambah yakin, diri berasa bertambah-tambah aktif, daya kreativiti semakin meningkat. Alhamdulillah, aku dapat rasakan semuanya ini. Perasaan-perasaan positif terus meningkat dari hari ke hari. Semakin jelas di pandangan hati, mata dah firasatku. Aku hanya perlu BERUSAHA dan BERUSAHA dan BERUSAHA dan BERUSAHA dengan seronoknya, dengan penuh rasa cintanya.

Bacaan penuh barakah dan penuh hikmah itu iaitu surah al-Insyirah ayat 1 hingga 8 yang mafthumnya:

Bukankah kami sudah melapangkan dadamu? Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh(urusan) lain, Dan hanya kepada Tuhan mu lah hendaknya kamu berharap.

Maha Benar Allah Yang Maha Agung,

Keyakinanku kukuh dengan ajaran Kitab suciMu , Al-Quran.

Ya, benar kata Ustaz Saleh, kunci kelapangan hidup adalah kesabaran. Kunci kejayaan, kecemerlangan dan keterbilangan adalah ketinggian ilmu dan selalu beristiqamah. Kunci kebahagiaan adalah selalu bermuhasabah diri dan kunci keindahan dan kemantapan kasih sayang adalah saling percaya dan menerima kelemahan dan kelebihan diri sendiri dan orang lain seadanya.

Dan dengan rasa malu kepada Allah, aku pun membuka kunci semangat juang dengan kalimah Allahurabbi, Allahurabbi, Allahurabbi, Alhamdulillah Hi Ala Kulli Hal, bersyukur kepada Allah dalam apa jua keadaan.

Ya Allah, banyaknya yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah, walaupun dosaku banyak, tetapi RahmatMu terlalu besar Ya Allah..
TERLALU BESAR!!!
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan