Khamis, 10 Februari 2011

Test Sudah Mula Menghantui

Sejak kebelakangan ni, aku sukar sangat untuk lelapkan mata pada malam hari. Tidur pun hanya beberapa jam je. Pukul 2 atau 3 pagi baru dapat lelap. Kebimbangan mula melanda dalam diri ini bila setiap hari macam ni. Ya Allah, apa yang jadinya pada diriku ini....Walaupun tidur agak lewat, ia tidak mengganggu perjalanan waktu kuliahku....Cuma bimbang akan memberi kesan pada kesihatanku....Emosi aku pun kadang-kadang tidak berapa baik....Tapi alhamdulillah, aku lebih bersemangat setelah berjumpa dengan Ustaz. Ustaz banyak memberi nasihat, sokongan dan sedikit tips-tips untuk aku.....Alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk menghadapi ujian ini.....Terima kasih banyak-banyak abah Zawawi kerana sentiasa bertanya khabar anak angkat abah ini....TERIMA KASIH ABAH.....

Perjalanan kuliah berjalan seperti biasa...Cuma minggu ni, banyak kuliah terpaksa ditangguhkan ke minggu lain...Mulai minggu depan, kuliah akan padat....quiz dan test pun banyak....Masa cepat sangat berlalu....Dalam 10 minggu lagi, final examination akan berlangsung....Aku kena manfaatkan masa dengan sebetulnya.....TIADA LAGI ISTILAH MAIN-MAIN LAGI.....Antara tests yang bakal aku tempuhi dalam masa terdekat ini adalah:

TEST1 QMT335 – 22/2/2011
TEST1 MAT123 – 24/2/2011
TEST1 MAT263 – 25/2/2011
TEST1 MAT283 – 3/3/2011
TEST1 QMT200 – tarikh belum decide
TEST1 MGT160 – tarikh belum decide

Semoga semua test ni dapat aku jawab dengan baik.....Aminn...InshaAllah....Yang penting usaha diri sendiri untuk dapat apa yang kita inginkan di samping berdoa padaNya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan