Isnin, 17 Januari 2011

Sakit Adalah Ujian

Minggu ni macam-macam perkara berlaku....Itulah yang dinamakan dugaan dan ujian....Ujian sebagai seorang pelajar dan ujian sebagai hamba Allah di muka bumi ini......Khamis malam jumaat, satu insiden berlaku pada diri aku....Pada malam itu, berlangsungnya majlis AGM bagi kolej Kesinai 2....Sebelum AGM bermula, kami residen Kesinai 2 menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah di surau Kesinai 2 dan diikuti dengan bacaan Yasin....Selesai aktiviti di surau, aku balik ke bilik dan bersiap untuk majlis AGM yang akan bermula x lama selepas itu....Majlis dimulakan dengan bacaan al-fatihah dan bacaan doa oleh exco kerohanian....Ucapan pertama dirasmikan oleh Presiden Kesinai 2 yang baru dan diikuti oleh mantan Presiden Kesinai 2......Setelah itu, Residen Staff yang baru pula memberi ucapan.....Ketika mendengar apa yang diucapkan, tiba-tiba je kaki aku kejang dan x dapat nak bergerak langsung.....mata mengalir air jernih kerana x tahan menahan kesakitan....Hanya Allah yang mengetahui kesakitan yang aku alami.....Aku dibawa ke hospital Kangar.....Di jabatan kecemasan, aku diberi rawatan oleh doktor dan jururawat....Aku disuruh berehat sementara menunggu kaki aku pulih seperti biasa.....Tiba-tiba satu kes kecemasan berlaku, seorang budak yang ibunya tersalah bagi minum minyak cap kapak...Kasihan aku tengok budak itu....Aku ditemani oleh 4 orang sahabat aku iaitu syu, nurul, shida dan ameen....Dalam pukul 1 pagi, doktor datang dan memeriksa kaki aku....Tapi malang, kaki aku sebelah kiri tetap x boleh bergerak lagi....Doktor tanya sama ada aku nak balik universiti atau masuk wad.....Aku lebih prefer balik ke UITM daripada masuk wad....Aku dah serik dah masuk wad....Aku bagitau doktor yang aku nak balik ke UITM dan menyakinkan doktor bahawa kaki kiri aku akan ok dalam beberapa jam lagi.....Doktor benarkan aku balik tapi dengan satu syarat, jika pagi esok kaki aku tetap x boleh gerak macam biasa, aku kena ke hospital kembali....Tapi alhamdulillah, keesokannya kaki kiri aku dah boleh bergerak macam biasa....Aku pun dapat berjalan macam biasa.....Bila imbau kembali malam itu, silap aku jugak....aku lupa nak pakai sweater dan stoking kaki.....Tambah-tambah lepas hujan....sejuk la........
Hari sabtu pulak, gotong-royong perdana bagi kompleks Kesinai diadakan pada pukul 8.00 pagi....Sebelum bergotong-royong, kami lakukan senaman ringan dahulu yang diketuai oleh Presiden baru Kesinai 2....Selepas itu, kami dibahagikan tugas mengikut aras....Aras 0, iaitu aras aku ditugaskan untuk membersihkan bilik TV....Apa lagi, mula la aktiviti sapu-menyapu, bersih-membersih.....Lagu hindustan pun kedengaran satu kolej....hahaha....Kalau saling bekerjasama, cepat la kerja tu siap.....Tapi yang pasti seronok la....Selesai gotong-royong, masa tengah minum air, syu datang dan bagitau yang shida sakit....Aku terus la pergi tengok shida di biliknya...Dia tengah menahan kesakitan.....shida ada sakit buah pinggang....Syu, nurul, ameen dan aku pujuk shida supaya pergi hospital....Tapi shida x nak....Pujuk-pujuk la jugak....Last-last akur jugak.....Syu dan ameen memapah shida ke bilik syu sementara menunggu ambulans UITM sampai....Sampai je ambulans, masa ambulans tu bergerak, kami ingat akan terus ke hospital....tapi pak cik tu berhenti kat Unit Kesihatan....X sangka pulak, Unit Kesihatan buka pada hari sabtu....Setahu kami, hari sabtu Unit Kesihatan tutup.....Shida dibawa masuk ke dalam Unit Kesihatan dan diperiksa oleh MA Haji Abdul Rahim....Shida diberi injection....Setelah hampir satu jam lebih berada di UK, shida dah ok sikit dan dibawa balik kembali ke kolej....

*Kesakitan yang Allah berikan pada kita merupakan satu bentuk ujian pada kita.....Sakit adalah satu penghapusan dosa.....

* Kepada AJK-AJK Kolej yang baru dilantik......Bersedialah.....Kebanyakan penghuni di kolej ini ada penyakit dan sakit......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan