Ahad, 19 Disember 2010

Ayah Angkat Yang Baik

Jam dan mencecah pukul 2.00 pagi...tapi aku tetap tidak dapat nak lelapkan mata ini. Puas ku cuba untuk lelapkan mata ini..tapi tetap sama.. Apa yang aku fikirkan sebenarnya??? Kenapa sampai boleh mengganggu tidurku..Entah la..susah untuk diperkatakan..tapi masih ada yang menemani aku seawal pagi buta ni...siapa ya?? Emm, abah Zawawi la...kebetulan abah tengah study untuk last paper esok.. Sempat lagi abah mesej walaupun tengah study...Tapi yang peliknya, kenapa abah boleh mengetahui apa yang aku fikir, apa yang aku rasa...sedangkan aku tidak pernah bersua dengannya...tambah-tambah pula hanya ayah angkatku...Radio IKIM menjadi halwa telingaku saat ni...nak dengar Nasyidfm...abg aku tengah online...Malas la nak ganggu....Last mesej yang abah bagi adalah: “Macam tulah anak abah...kena kuat kerana masih jauh lagi perjalanan Nani...Nani kena hadapi tanpa atau bersama orang yang Nani sayang...yang dekat dengan Nani...ok sayang, tidur tau..abah nak study sikit lagi..”...Abah banyak memberi nasihat dan dorongan pada aku...Terdetik di hati aku...macam mana aku boleh mengenali abah Zawawi...
Semuanya daripada laman Facebook... satu hari, ketika aku dalam kesedihan...pada status di wall Facebook aku, semuanya yang aku tulis menunjukkan kata-kata supaya aku jangan bersedih...Cuba menguatkan diri sendiri...Tambah-tambah saat hampirnya peperiksaan akhir semester...Tengah online, tiba-tiba ada satu nama memberikan salam dalam chat Facebook aku. Dari situlah aku mula mengenali abah Zawawi.. Dalam bersembang, beberapa perkataan tertera...iaitu “ Tambah lagi anak abah”....Aku hairan dan bertanya balik: “Anak abah?”...Abah pun menjawab: “ Ya la....Nani la anak abah yang seorang lagi....Nani jadi anak sulung abah tau”.....Dari situlah...hubungan aku dengan abah Zawawi makin rapat. Kata-katanya banyak memberi motivasi padaku...selalu mengingatkan aku...Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah kerana mengurniakan aku seorang abah yang cukup mengambil berat tentang diri aku....kesihatanku....pembelajaranku....kasih sayangnya....walaupun hanya dalam telefon....InsyaAllah abah, tiba masanya nanti, Nani pasti akan jumpa abah, ummi dan adik-adik.. ..TERIMA KASIH ABAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan