Sabtu, 12 November 2011

Kasih Kekasih- InTeam

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

Rabu, 9 November 2011

Selesai Sudah Majlis Pertunanganku

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah...segalanya berjalan dengan lancar...Tanggal 7/11/2011 , kira-kira dalam pukul 2.00 petang...aku telah selamat menjadi tunang kepada Abdul Hafiz...Sebelum tiba detiknya...subhanallah...hanya Allah yang tahu betapa gementarnya aku...sampai tangan pun ketar...Terima kasih pada semua ahli keluargaku..papa,mak,kak long ,abang mie, kak wati, abang azdi, kak julie, abang wan, abang zu, kak salmi, adik amira, adik masitah dan adik osman serta semua yang membantu dalam majlis ini...Terima kasih juga kepada adik-beradik yang tidak dapat balik kerana mendoakan diri ini...Diri ini mengerti...Hanya doa dari kalian itulah yang terbaik....Untuk sahabat yang hadir, Anida, Aimi, Zuraidah, Hidayah, dan Rashida...Terima kasih kerana datang.....Tak terkata apa dah...Sedikit gambar kenangan yang sempat ambil dengan telefonku...Yang lain , inshaAllah akan diletakkan lain kali....





Jumaat, 28 Oktober 2011

Menjaga Hati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.(Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.

ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.

Rabu, 26 Oktober 2011

Penghuni Syurga Ialah Sebaik-Baik Muslim

Dari Abdullah, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu? Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu? kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.(Riwayat: (Muslim))..

Huraian Hadith:
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

Isnin, 10 Oktober 2011

Kekuasaan Allah

Tanggal 10 Oktober 2011....setelah ingatanku langsung tidak terkenangkannya, tiba-tiba dia kembali berhubung denganku dan menyatakan bahawa dia dan perempuan tu dah putus tunang..Apa motifnya bagitau aku semua tu...Entah la..aku pun tidak tahu...Setelah difikirkan kembali...apa yang aku alami dahulu telah terkena pada dirinya sendiri..Sekejap sahaja jika Allah nak tunjukkan kekuasaanNya...Semoga dia tabah menghadapi ujian Allah ini dan menginsafi segala salah dan silap yang dia lakukan..

Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t...Sekarang hanya menanti hari untuk hari pertunanganku...Aku bersyukur pada Allah s.w.t...Di saat Allah memberikan ujian pada hambaNya...inshaAllah pasti akan ada kemanisan di sebalik ujian itu...Cuma jangan lupa padaNya walaupun setiap saat...

Selasa, 23 Ogos 2011

Kepeningan

Arrrrggghhhh...geram.nak study.tapi tak faham..macam mana nak jawab soalan ni..aku dari dulu lagi, kalau subjek yang melibatkan IT memang down betul. macam CSC128 la.tu pun nasib baik dapat C..mau nya dapat C-, alamatnya repeat la paper tu..sekarang ITS 232 pulak..alahai..tolong la den..den tak pandai.test 2 dah hari rabu ni..Macam mana ni..tadi dah pergi bilik nurul, tapi bilik nurul gelap...ameen and nurul tak ada kat bilik...baru ingat nak suruh nurul ajarkan...blurrrr.....bluurrrr....bluurrrr.....ITS ooooo ITS oooooo ITS.....Sebenarnya tadi baru balik dari berbuka puasa kat luar bersama sahabat-sahabat....sempena hari lahir Asilah....kawan dari sekolah menengah lagi....Pengalaman jugak hari ini....tapi tak boleh nak ceritakan....lucu...and malu jugak....Kadang-kadang terfikir jugak, kenapa aku perlu ambil subjek ITS ni....adui....who can help me...i think only one my friend can help me, of course Efa....Wait for me efa.....I want to disturb you....hihihi...but not right now...maybe tomorrow..Now, i’m feel so sleepy....i think, i want to sleep now....Tatata...my laptop....see you later...
(Sunday , 21/8/2011, 10:34 pm)

Ahad, 14 Ogos 2011

Kesakitan Yang Ku Hadapi

Kesakitan yang ku hadapi....Ya Allah....sakit sangat...Kadang-kadang aku rasa diri ku tidak dapat memikul lagi segalanya....Membuatkan diriku penat....letih....aku sedih...lemah....stress.....Inilah hidup.....yang penuh dengan cubaan dan dugaan.....Perkara silam itu sentiasa menghantuiku.....sering kali mengingatinya walaupun tidak ingin ku ingatkan lagi....Ya Allah...berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup....Aku hanya hamba yang hina dan lemah di sisiMu....yang sentiasa lalai, leka dan alpa terhadap Mu ya Allah...Tanggal 9 Ogos 2011, dalam pukul 10.00 malam....daku dikejarkan ke hospital lagi....apapun aku tidak ingat....apa yang berlaku pada diriku pun aku tidak tahu....sehinggakan ketika aku sedar di kecemasan Hospital Tunku Fauziah, apabila atendan hospital tanya apa yang berlaku pada diriku.....jawapanku....TIDAK TAHU.....walaupun keadaan aku lemah....pendengaranku masih jelas....SAKIT HATI sangat-sangat apabila atendan tu berbual dengan kawannya dan berkata “TAK TAHU, KITA BUAT TAK TAHU”.....ya Allah....mahu je aku pelempang atendan tu....tapi aku tidak berdaya....GERAM....nilah salah satu kenapa aku tidak suka ke hospital....TIDAK IKHLAS buat kerja....Ini semua berlaku kerana bekerja hanya kerana nak kerja dan gaji sahaja....KEIKHLASAN tiada.....Semoga Allah beri kesedaran pada kita semua....Menanti, menanti dan terus menanti sambil menahan kesakitan...hampir satu jam menunggu baru seorang doktor India datang memeriksa ku....Apa lagi....kena masuk air dan suntikan ubat...bila je ubat tu meresap dalam badan ni....terus longlai dan mata kabur....mengantuk....Balik dari hospital dalam pukul 2.00 pagi...